Sunday, 24 March 2013

Petua Kurangkan Rasa Dahaga dan Lapar Ketika Berpuasa




Kalau nak kurangkan rasa lapar dan dahaga ketika berpuasa, amalkan petua berikut..InsyAllah kurang rasa lapar dan dahaga.

WAJIB SAHUR!!
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.

Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul di dalam pinggan,baca surah al-ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Ulangi lagi sampailah kita baca surah al-ikhlas 3 kali. Selepas itu teruskan makan seperti biasa.

Selepas makan sahur, makanlah 7 biji buah kurma. Sebelum makan bacalah selawat 1 kali dan makan, kemudian ulangi lagi sehingga cukup 7 biji kurma.

Amalan ini baik untuk mereka yang bekerja di tengah-tengah panas seperti buruh kasar, petani dan sebagainya.

Surah al-ikhlas baik untuk menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah SWT.

Buah kurma pula,kalau dimakan 7 biji sehari, InsyAllah iblis tidak akan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah SAW, selain dapat memberikan tenaga kepada manusia.








Tuesday, 19 March 2013

Cara Urutan Bayi


Video yang menunjukkan cara-cara untuk mengurut bayi. Urutan dapat membuatkan bayi anda lebih rileks dan selesa. Lakukan selepas mandi sebelum masuk waktu tidur di malam hari. Amalkan tabiat ini agar bayi anda dapat memahami bahawa sudah sampai masa untuk tidur malam.




...................................................................................................................................................................

JOM SHOPPING ONLINE



Bag Igraine Sophie Paris
Available
RM 100 + Rm 10 kos poslaju
FREE Catalogue
Call/sms Miss Orienta 012 292 2846 utk pengoderan atau pertanyaan

size: 39 x 11 x 20.5 cm
warna: brown





Monday, 18 March 2013

20 Peratus Bayi Baru Lahir Alami Sawan Tangis




Colic atau tangisan yang lama, kerap bukan penyakit tetapi perkara biasa berlaku pada kanak-kanak.PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’. Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut di kalangan masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa di kalangan bayi. Terbayang di minda, esak tangis anak yang perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibu bapa. Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi dua hingga tiga jam.

Apakah sebenarnya colic? Benarkah ia perkara biasa di kalangan bayi?

Pakar Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr Noor Aziah Mohd Saari, berkata tiada yang lebih menggusarkan ibu bapa selain bayi yang baru lahir menangis tidak henti-henti walaupun hakikatnya bayi akan menangis. “Tangisan adalah satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi dengan kita sebagai ibu bapa. Oleh itu, tangisan membawa pelbagai erti dan sebab yang berbeza. Kadangkala bayi menangis kerana dahaga atau lapar. Mungkin juga mengantuk, ingin lebih perhatian, bosan dan mahu dibelai atau tidak mahu diganggu. Tangisan juga mungkin tanda bayi tidak sihat atau berasa tidak tenteram tanpa sebarang sebab yang pasti (bad mood),” katanya.

Untuk mententeramkan bayi yang menangis, katanya ibu bapa perlu belajar memahami keperluan bayi, gerak-geri dan tindak balasnya. Tidak semua bayi boleh ditenteramkan dengan cara yang sama. Ada bayi mudah ditenteramkan, ada bayi yang sukar berhenti menangis. Ibu bapa perlu tahu kebanyakan bayi akan berhenti menangis selepas dibelai beberapa ketika. Namun, ada segelintir bayi yang akan menangis terlalu lama dan sukar untuk ditenteramkan,” katanya. Dr Noor Aziah berkata, apabila bayi menangis terlalu lama tanpa sebab, sukar dipujuk malah pemeriksaan doktor mendapati bayi tidak mengalami sebarang penyakit, masalah ini dikenali sebagai ‘colic’.

“Dalam bahasa kita, keadaan ini kerap digelar sawan tangis dan sebanyak 20 peratus bayi yang baru lahir dan mencecah usia empat bulan akan menghadapi masalah colic,” katanya.

Justeru, katanya sememangnya sawan tangis boleh dianggap perkara yang biasa berlaku pada bayi. Bagaimanapun, setiap kali berlaku, ia cukup menggusarkan ibu bapa, lebih-lebih lagi jika ia berlaku melebihi tiga jam hampir setiap hari. Dr Noor Aziah berkata, colic, sawan tangis atau kembung perut merujuk pada tangisan yang lama atau kerap. Namun, maksud ini sangat subjektif dan toleransi ibu bapa terhadap tangisan bayi juga berbeza.

“Bagi sebahagian kita, tangisan melebihi beberapa minit sudah dikira cukup lama. Bagi yang lain pula tangisan bayi melebihi beberapa jam akan mula mencemaskan. Dari sudut kajian, saintis mengambil kira tangisan yang berterusan melebihi dua hingga tiga jam sehari dan berlaku melebihi tiga kali seminggu sebagai tangisan ‘colic’.

Jelas Dr Noor Aziah, sawan tangis boleh berlaku bila-bila masa, tetapi lebih kerap berlaku selepas waktu senja dan kadangkala menjangkau lewat malam atau awal pagi.

“Walaupun sawan tangis ini tidak berbahaya dan bukan disebabkan kesakitan, bayi akan kelihatan seperti tidak selesa atau kesakitan. Bayi akan mengangkat kepala, mengangkat kakinya ke perut dan mukanya merah padam.

“Bayi juga kerap buang angin tetapi itu tidak membantunya berhenti menangis. Dalam tempoh tangisan ini, bayi tidak mahu menyusu, sukar untuk tidur dan tidak nyenyak tidur. Keadaan ini pastinya amat mencabar kesabaran ibu bapa,” katanya.

Bagaimana jika sawan tangis itu simptom masalah lain yang lebih serius? Jika tangisan bayi anda berlaku terlalu lama, pastikan punca tangisannya. Adakah bayi menangis kerana lapar, keletihan, mahukan belaian atau pelukan ibunya atau adakah bayi terkejut kerana bunyi bising atau sentuhan yang mengejut, berasa gayat apabila pakaiannya dibuka, berasa terlalu sejuk, panas, sakit atau tidak selesa. Misalnya kerana ruam lampin.

“Jika tiada sebab yang boleh dikaitkan, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bayi yang mengalami colic lazimnya mengalami peningkatan berat badan yang biasa dan menyusu dengan baik seperti bayi lain,” katanya.

Dr Noor Aziah berkata, tangisan yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak).

“Bayi yang mengalami meningitis akan demam panas dan menangis tanpa henti serta amat sukar dipujuk. Dalam keadaan ini, bayi kurang menyusu dan pada peringkat lebih serius boleh mengalami sawan (seizure),” katanya.

Selain itu, masalah reflux juga kerap menyebabkan bayi menangis berpanjangan kerana kesakitan pada bahagian perut dan dada. Reflux adalah masalah yang berkaitan dengan kandungan perut yang berasid melimpah keluar ke saluran makanan esophagus dan menyebabkan bayi muntah.

“Masalah reflux yang berlebihan atau patologikal akan menyebabkan bayi kerap muntah, mual, batuk, mengalami masalah pernafasan dan berat badan tidak meningkat.

“Masalah tidak serasi kepada laktosa dalam susu juga boleh menyebabkan bayi mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah serta berat badan yang tidak meningkat. Masalah sembelit juga menyebabkan bayi menangis secara melampau,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak berhadapan dengan masalah colic kerana ada bayi yang diserang masalah itu lebih kerap berbanding bayi lain.

“Ada ibu bapa bernasib baik kerana walaupun mempunyai anak ramai, mereka tidak pernah mengalami colic dan ada ibu bapa bernasib sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, daripada pemerhatian, anak pertama dan anak bongsu lebih kerap mengalami colic manakala tiada perbezaan kekerapan di antara bayi lelaki dan perempuan.


Faktor
Tiada ketahui punca utama masalah colic. Bayi colic biasanya kerap membuang angin sama ada kentut atau sendawa selepas menangis. Bagaimanapun, ada kajian menunjukkan kekerapan membuang angin itu disebabkan bayi banyak menelan udara ketika menangis.
Ada berpendapat usus bayi kurang matang dan belum berfungsi dengan baik menyebabkan colic kerap berlaku di bawah usia enam bulan. Colic dikatakan berasal daripada sistem saraf yang kurang matang. Justeru, bayi lebih mudah teruja dan tidak berupaya meleraikan tangisannya setelah mula menangis.
Bayi akan lebih terganggu oleh bunyi bising seperti televisyen, telefon atau suasana dan bunyi-bunyian yang asing. Pendedahan lebih banyak kepada bunyi akan menyebabkan bayi mengalami colic.
Pemakanan ibu yang menyusu badan juga kerap dikaitkan punca colic. Misalnya, sesetengah jenis makanan menyebabkan pengeluaran gas atau angin yang menyebabkan bayi kembung atau colic. Bagaimanapun, tiada bukti yang jelas membuktikan pendapat ini kerana tiada makanan khusus yang menyebabkan colic.
Ada juga teori yang mengatakan bahawa kurang ikatan di antara ibu dan bayi (poor maternal bonding) menyebabkan colic. Bagaimanapun, kajian membuktikan bahawa ikatan ibu dan bayi tiada kaitan dengan colic. Colic tetap berlaku walaupun ikatan perhubungan ibu dan anak sangat erat manakala ibu yang kurang erat dan prihatin pada bayinya jarang berhadapan dengan masalah bayi engalami colic.

Rawatan
Dr Noor Aziah berkata, sekiranya sesuatu masalah tidak diketahui puncanya, rawatan dan penyelesaiannya bukan sesuatu yang jelas dan dapat dibuktikan secara saintifik.
“Untuk mententeramkan bayi anda yang mengalami colic, cuba mendukung atau membedungnya sambil membuai bayi perlahan-lahan. Cuba gunakan puting jika bayi anda mahu. Bunyi getaran yang perlahan seperti peti sejuk atau mesin basuh atau pengering pakaian kadangkala membantu mententeramkan bayi,” katanya.
Beliau berkata, kadangkala bayi akan tenteram apabila menaiki kereta atau bersiar-siar di luar rumah.
“Adakala bayi mahukan perut atau belakangnya diusap perlahan-lahan. Adakalanya mandian air suam dapat mententeramkan bayi anda. Orang Asia menggunakan barut perut bayi dan minyak bayi untuk mengelakkan masuk angin dan ia juga ditiru oleh Barat. Malah, orang Barat juga mula meniru cara mengendong bayi seperti orang Asia, misalnya masyarakat dari Jawa untuk mengelakkan colic dan untuk membantu menghentikan tangisan bayi yang berpanjangan,” katanya.
Dr Noor Aziah berkata, walaupun cabaran bayi yang mengalami colic sangat menduga kesabaran, sebagai ibu bapa, mereka harus berasa lega kerana colic bukan masalah kesihatan. Masalah itu akan beransur hilang selepas bayi berusia empat hingga enam bulan. Bayi juga tidak akan mengalami sebarang kesan daripada colic yang dialaminya ketika bayi, baik dari sudut emosi atau perkembangannya.
Colic juga katanya, bukan kerana tanda kegagalan anda mententeramkan bayi anda atau kegagalan anda menjaganya dengan baik.
"Suami isteri harus saling membantu seperti bangun malam untuk mententeramkan bayi yang sering menangis supaya masing-masing dapat cukup rehat. Dapatkan sokongan moral daripada ibu bapa atau saudara supaya anda tidak terlalu tertekan dalam menangani masalah ini,” katanya.

..............................................

JOM SHOPPING ONLINE



Bag Gentily Sophie Paris
Available
RM 120 + RM 10 kos poslaju
FREE Catalogue
Call /sms Miss Orienta 0122922846 utk pengoderan atau pertanyaan.

size: 37 x 17 x 24.5 cm
warna: brown
orientaloveta.blogspot.com

Sunday, 17 March 2013

Jom Buat Biskut Bersama Si Manja

Semalam Miss Orienta berjaya membuat biskut bersama anak, Zuyyin.  Resepi yang Miss Orienta gunakan adalah sama seperti dalam entry post semalam, iaitu Resepi Biskut Mudah

Resepi Biskut Mudah 

Bahan-Bahan Biskut Mudah

200gm Tepung Gandum (Diayak)
200gm Mentega
100gm Gula halus (icing sugar)-kurangkan sedikit penggunaan gula
150gm Oat

Kemudian campurkan semua bahan dan bentukkan ikut kreativiti anda.





Bukan main suka Zuyyin ini merasa buat biskut. Yelah sebelum ini berlatih menggunakan plastisin dan sekarang belajar buat biskut guna air tangan sendiri. Yang Zuyyin suka time menerap doh dan tabur-tabur coklat rice dan gula-gula love tue.


Inilah hasil terapan Zuyyin, walaupun tak berapa kemas tapi bolehlah kan. First time buat, tp bila dah siap bakar ok jer, sedap lagi tue. Zuyyin pun suka. Oat tue membuatkan rasa biskut lebih sedap. Siapa nak tahu cara makan oat yang lebih mudah bolehlah try buat biskut nie. Oat tue pun kebetulan ada lagi stok kat rumah . Sebelum nie ingat nak makan oat tue sebagai pengganti sarapan atau minum petang tapi tak lalu lah plak nak makan bila masak dengan susu. Tengok kat iklan tv macam sedap. Gatal lah pergi beli. Sudahnya tersimpan jer dalam rak tue. Now bolehlah guna untuk buat biskut. 



Part nie pun Zuyyin suka. Guna berus untuk sapuan kuning telur. Bukan main tekun dia. Hampir kesemua part Zuyyin yang buat, Miss Orienta hanya buat doh dan bakar biskut sahaja. Dah besar anak mama n abah nie ya. Idea nak buat biskut nie pun datang dari abahnya. Jadi Miss Orienta cari-carilah resepi yang tak perlu guna mixer. Sebab memang mixer tak de kat rumah..hehe. Kebetulan terspot resepi mudah kat sihatmacamyaya.blogspot.com . Ibu-ibu marilah cuba, selain bawa anak-anak kita bermain di luar, boleh juga mencuba resepi ini dengan mereka. Ajak En Suami sekali, pasti seronok.




Kindly abaikan si ibu yang sedang sarat mengandung tue ya..hihi.. Abahnya yang snap picture nie. Masa nie tangah prepare bahan-bahan. Zuyyin dah tak sabar nak buat. Asyik tanya bila nak start. Miss Orienta pulak tengah mengayak tepung guna penapis teh yang kecil tue, alamat lambat la siap.. Hehe..


...................................................................................................................................................................

JOM SHOPPING ONLINE



Bag Dondre Sophie Paris
Available
RM 125 + RM 10 kos poslaju
FREE Catalogue
Call / sms Miss Orienta 0122922846 utk pengoderan dan pertanyaan

size: 36.5 x 10.5 x 24 cm
warna: brown





Saturday, 16 March 2013

Pita Gorasta dan Adidas

Hari ini Miss Orienta nak kongsi tentang nama Pita Gorasta. Pita Gorasta ialah 1 hub @ 1 port utk mendapatkan produk2 adidas yg confirm Original. Kami adalah Seller Indie.
  • adidas Originals (logo trifoil a.k.a logo daun)
  • adidas Performance (logo baru)
  • Meliputi adidas Vespa, adidas Star Wars,
  • adidas Porsche, adidas OT Tech (fixie)
  • adidas Original By Original, adidas Denim (jeans)
  • adidas Skateboard,  Boot Bola adidas Latestadidas Deadstock (West G, Yugoslavia, Hungry dll)
  • pelbagai sepatu, bag, track top, tee, hardware.
Urusniaga hanya melalui Online sahaja.Search kami di www.facebook.com/pitagorasta.Lokasi titik pertemuan COD :Sungai Buloh, Selangor
Luar Lembah Klang : POSLAJU pastinya
**Kami juga Follower Tegar Vespa, Lambretta, VW Kombi.


Official Flyers Pita Gorasta

Jadi anda boleh shopping online barang-barang adidas di Pita Gorasta. Berikut merupakan laman facebook official Pita Gorasta facebook.com/pitagorasta 


Official Facebook Pita Gorasta

About Pita Gorasta, yang Miss Orienta copy  dari laman facebook.
Trust is good,
Quality Control is better.
~pitagorasta~

Setiap produk adidas yg kami jual adalah 100% Original. bukan tiruan atau siam edition - jaminan pulangan wang jika buyer dpt sahkan itu tiruan
call/sms utk detail
kurier rm10 east m,sia rm15
Mr Pita 016.333.8680
tindakbalas pantas sms @ call
pitagorasta@facebook.com

..............................................

JOM SHOPPING ONLINE

Available
Bag Eustacia
RM 145 + RM 10 kos postage
FREE Catalogue
Utk order atau pertanyaan call/sms ke Miss Orienta 012 292 2846

size: 32.5 x 13.5 x 26.5 cm
warna: 2 toned brown






Resepi Biskut untuk Anak Paling Mudah dan Sedap


by: sihatmacamyaya.blogspot.com



Cuma sediakan bancuhan biskut menggunakan resepi biskut mudah di bawah dan campur semua bahan dan gaul sahaja. Sangat mudah bukan.


Resepi Biskut Mudah

Bahan-Bahan Biskut Mudah

200gm Tepung Gandum (Diayak)
200gm Mentega
100gm Gula halus (icing sugar)-kurangkan sedikit penggunaan gula
150gm Oat

Kemudian campurkan semua bahan dan bentukkan ikut kreativiti anda.

Masa bentuk membentuk biskut ini ajak si manja bentukkan biskut. Basuhkan tanganya terlebih dahulu. Ttunjukkan cara bentukkan biskut dan beri sedikit adunan biskut minta si manja buat bulat-bulat dan penyekkan sedikit. WAHHH..mesti si manja tersenyum lebar. 

Sebenarnya selain mahu buat biskut yang mudah dan menjimatkan masa, inilah salah satu cara bermain dengan anak-anak.



...................................................................................................................................................................

JOM SHOPPING ONLINE



Available
Bag Christelle with removable strap
RM 135 + RM 10 kos postage
FREE Catalogue
Utk order atau pertanyaan call/sms ke Miss Orienta 012 292 2846

size: 33 x 13.5 x 25 cm
warna: purple + coklat