Semalam Miss Orienta berjaya membuat biskut bersama anak, Zuyyin. Resepi yang Miss Orienta gunakan adalah sama seperti dalam entry post semalam, iaitu Resepi Biskut Mudah
Resepi Biskut Mudah
Bahan-Bahan Biskut Mudah
200gm Tepung Gandum (Diayak)
200gm Mentega
100gm Gula halus (icing sugar)-kurangkan sedikit penggunaan gula
150gm Oat
Kemudian campurkan semua bahan dan bentukkan ikut kreativiti anda.
Bukan main suka Zuyyin ini merasa buat biskut. Yelah sebelum ini berlatih menggunakan plastisin dan sekarang belajar buat biskut guna air tangan sendiri. Yang Zuyyin suka time menerap doh dan tabur-tabur coklat rice dan gula-gula love tue.
Inilah hasil terapan Zuyyin, walaupun tak berapa kemas tapi bolehlah kan. First time buat, tp bila dah siap bakar ok jer, sedap lagi tue. Zuyyin pun suka. Oat tue membuatkan rasa biskut lebih sedap. Siapa nak tahu cara makan oat yang lebih mudah bolehlah try buat biskut nie. Oat tue pun kebetulan ada lagi stok kat rumah . Sebelum nie ingat nak makan oat tue sebagai pengganti sarapan atau minum petang tapi tak lalu lah plak nak makan bila masak dengan susu. Tengok kat iklan tv macam sedap. Gatal lah pergi beli. Sudahnya tersimpan jer dalam rak tue. Now bolehlah guna untuk buat biskut.
Part nie pun Zuyyin suka. Guna berus untuk sapuan kuning telur. Bukan main tekun dia. Hampir kesemua part Zuyyin yang buat, Miss Orienta hanya buat doh dan bakar biskut sahaja. Dah besar anak mama n abah nie ya. Idea nak buat biskut nie pun datang dari abahnya. Jadi Miss Orienta cari-carilah resepi yang tak perlu guna mixer. Sebab memang mixer tak de kat rumah..hehe. Kebetulan terspot resepi mudah kat sihatmacamyaya.blogspot.com . Ibu-ibu marilah cuba, selain bawa anak-anak kita bermain di luar, boleh juga mencuba resepi ini dengan mereka. Ajak En Suami sekali, pasti seronok.
Kindly abaikan si ibu yang sedang sarat mengandung tue ya..hihi.. Abahnya yang snap picture nie. Masa nie tangah prepare bahan-bahan. Zuyyin dah tak sabar nak buat. Asyik tanya bila nak start. Miss Orienta pulak tengah mengayak tepung guna penapis teh yang kecil tue, alamat lambat la siap.. Hehe..
...................................................................................................................................................................
JOM SHOPPING ONLINE
Bag Dondre Sophie Paris
Available
RM 125 + RM 10 kos poslaju
FREE Catalogue
Call / sms Miss Orienta 0122922846 utk pengoderan dan pertanyaan
size: 36.5 x 10.5 x 24 cm
warna: brown
No comments:
Post a Comment