Sunday, 24 March 2013

Petua Kurangkan Rasa Dahaga dan Lapar Ketika Berpuasa




Kalau nak kurangkan rasa lapar dan dahaga ketika berpuasa, amalkan petua berikut..InsyAllah kurang rasa lapar dan dahaga.

WAJIB SAHUR!!
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.

Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul di dalam pinggan,baca surah al-ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Ulangi lagi sampailah kita baca surah al-ikhlas 3 kali. Selepas itu teruskan makan seperti biasa.

Selepas makan sahur, makanlah 7 biji buah kurma. Sebelum makan bacalah selawat 1 kali dan makan, kemudian ulangi lagi sehingga cukup 7 biji kurma.

Amalan ini baik untuk mereka yang bekerja di tengah-tengah panas seperti buruh kasar, petani dan sebagainya.

Surah al-ikhlas baik untuk menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah SWT.

Buah kurma pula,kalau dimakan 7 biji sehari, InsyAllah iblis tidak akan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah SAW, selain dapat memberikan tenaga kepada manusia.








No comments:

Post a Comment